Tanda penyakit

1.  MATA - Bertindak balas dengan keadaan hati. 

a. Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah   
     menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b.  Mata menjadi kabur:  Sering berlaku pada  waktu   pagi. Menandakan   proses 
     penyeimbangan hati sedang berlaku.
c.  Keluar tahi mata:  Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga
    menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d. Keluar air mata:  Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e. Ketegangan mata dan kelopak  :  Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan
    yang berat.
……………………………………………………………………………………………………
2. HIDUNG - Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

    a. Selsema
        i). Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
       ii). Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
    b. Hidung  sebu
       i). Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
       ii). Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
     c. Bersin
       i). Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
        ii). Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
……………………………………………………………………………………………………..

3. BATUK 
   a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  b. Batuk tanpa kahak :  Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat 
                                        keluar setepas beberapa hari memakan RG.
  c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong :  Proses membuang toksin di bahagian kerongkong
                                        dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau
                                        terdedah kepada udara yang tercemar.
……………………………………………………………………………………………………….

4. KERONGKONG
   a. Kerongkong  kering :  Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan.  Ini adalah 
                                    tanda bahawa  badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
   b. Sakit kerongkong :  Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
………………………………………………………………………………………………………..

5. BIBIR - Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.

    a. Bibir pucat
       i). Sistem penghadaman yang lemah.
       ii). Perut mengandungi angin.
       iii). Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan 
             mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman
             dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
    b. Bibir kering dan pecah:  Perut mengandungi banyak bahan toksin.
………………………………………………………………………………………………………….

6. MULUT DAN LIDAH - Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
     a . Lidah  atau  gusi  bengkak, sakit:  Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti 
            lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
     b.   Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser):  Menandakan darah   
            mengandungi asid berlebihan.
      c. Mulut berbau busuk  : Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
…………………………………………………………………………………………………………

7. TELINGA - Berkaitan dengan buah pinggang.
     a. Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
    b. Telinga  berdengung:  Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki   
                terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah
                berjalan-jalan.
…………………………………………………………………………………………………………
8. KULIT
 
    a. Peluh masin :  Badan mengandungi lebihan asid urik.
    b. Peluh berbau:  Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan..
    c. Ruam dan Bisul :  Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin  yang tidak larut 
                                   dalam air.
  d. Kulit gatal dgn ruam :  Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak
                                            memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
    e. Kulit pecah dan berair :  Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk
                                               Ganoderma pada kulit berkenaan.
……………………………………………………………………………………………………….

9. RAMBUT GUGUR:
  Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
……………………………………………………………………………………………………….

10. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
     a. Sendi Sakit 
         i). Rasa panas : Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda 
                                 penyakit pirai (gout).
         ii). Tidak rasa  panas : Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
         iii). Sakit di bahagian bahu : Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi
                                                     metabolisme tidak seimbang.
     b. Kebas Tangan :  Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
    c. Kebas Tangan dan Lengan :  Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas
                                                     menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini
                                                     menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
    d. Kebas Kaki :  Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
     e. Sakit Tapak Kaki :  Menandakan buah pinggang lemah.  Biasanya disebabkan oleh
                                      kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
     f.  Sakit Tumit Kaki:  Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
  g. Rasa Panas Di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
    h.  Gatal Di Celah2 Kaki :   Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

11. TANDA-TANDA DALAMAN - KEPALA   
    a. Kepala  -  Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
     b. Pening / Sakit Di Bahagian Depan Kepala
         i). Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
     c. Pening / Sakit Di Bahagian Belakang Kepala 
        i. Bahagian  atas :  Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
        ii. Bahagian  bawah (tengkuk) :  Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah
     d. Sakit Kepala Dan Rasa Gas Keluar Dari Telinga - Menandakan penyakit migrain.   
      e. Bisul Terjadi Di Kepala  - Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
    f. Rasa Pening Yang Memusing  -  Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… 

12. MULUT / KERONGKONG
      a. Loya / Muntah -  Tanda penyakit lelah. 
           i). Pembuangan bahan toksik dari  bahagian perut.
     b.. Muntah Darah
          i). Darah  merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
          ii). Darah  hitam : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut, misalnya penyakit ulser.
      c. Lidah Rasa Tegang Dan Pendek-  Tanda sakit jantung.
       d. Keluar Air Liur Yang Pekat -  Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. 
13. KENCING

     a. Kencing Kerap :  Menunjukkan  buah  pinggang  mengandungi kotoran yang terkumpul.
       b. Air Kencing Berkapur :  Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
        c. Air Kencing Berlemak :  Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
      d. Air Kencing Berwarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
      e.  Air Kencing Berdarah :  Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. 
14. BUANG AIR BESAR
 
        a.  Cirit-birit / Kerap Buang Air Besau :  Membersihkan kotoran / keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG,
menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
      b. Sembelit :  Membersihkan toksin dari usus kecil.
      c.  Najis Berdarah 
           i). Darah  merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
            ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
      d.  Najis Berwarna Hitam :  Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berfungsi.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. 
15. TINDAK BALAS BADAN

       a. Badan Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah yg tidak lancar.
           i). Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
           ii).  Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
            iii).  Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ- organ badan.
            iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
        b. Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh2 :  Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
        c. Badan Terasa Panas :  Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini   menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
       d.  Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. 
16.  TINDAK  BALAS  EMOSI

        a. Rasa Takut / Mudah Terkejut -  Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
        b. Cepat Naik Darah / Marah -  Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
        c. Rasa Bimbang Dan Takut - Sistem paru-paru yang lemah.
        d. Rasa Seronok Atau Bimbang Tanpa Sebab    - Sistem jantung yang lemah. 

4 Responses to “Tanda penyakit”

  1. mafis Says:

    kita bley masukn kat i-fitrah ni..huhu..

  2. Adi Says:

    Dr. Rani… pasal penyakit dah terrer dah… bila pulak nak jadi dr.Jiwa hehehe mcm dato’ K

  3. -rAnI- Says:

    tanak la jd mcm dato’ k, bnyk hutang hehehe :p

  4. Ridhuan Says:

    eh, idung aku slalu berdarah, skali berdarah 2 3 paun kuar, ape masalah nye ek doktor

Leave a Reply